Saturday, July 16, 2011

hati sulam lain

rumah papan bersulam bata
tangga tinggi dipanjat naik
terkadang tingkah silap dimata
sedangkan hati berniat baik

awan mendung gelap angkasa
hujan turun mencurah ke atap
terkadang kita tersilap kira
lain difikir lain yang di ucap

tiang seri retak seribu
belumkan tentu rumah nak roboh
usah jadikan dendam itu buku
jangan cerita yang sejemput nak diheboh

pelangi muncul selepas hujan
katak riang langit dah cerah
cuba hadapi dengan senyuman
resah gelisah hati belum sudah

8 comments:

monologtinism said...

kelip-kelip disangka api
kalau api mana puntungnya
hilang ghaib disangka mati
kalau mati mana kuburnya

jangan 'mati' kerana keresahan jiwa

intan.maisarah said...

hadapi dengan senyuman
disebalik yang berlaku ada pedoman.

:)

jiwa rasa hati perlu kuat

penjajah minda said...

monologtinism: "aku tak takut mati.tapi aku taknak mati" familiar tak? hehe

sara: kau memang benar sara.

dill said...

Ayat Kursi bisa buat kamu tenang. insyaallah.

dill.

Nurarnida Sabrina said...

kipas bilik aku dah mati. susu dah basi. jiwa aku meronta minta d gali. supaya mati. tapi hati aku masih bernyawa dengan jiwa separuh nyawa. Life is a game penjajah minda.

penjajah minda said...

dill: tanx.

nurarnida: maybe.bagi aku hidup nie pengembaraan.

~Kenanga Suchi~ said...

tenang... itu impian semua~

moga ia milik kita... senyum ya kamu~ =)

penjajah minda said...

cik hati: moga-moga.aku masih tersenyum.=)