pagi itu dingin.hasan mengeliat lemah.sakit-sakit badan angkara kerja kuat dua hari lepas masih belum lega.dengan muka tak berbasuh, hasan capai rokok kegemarannya.dibalut dengan penuh perhatian lalu di bakar hujungnya.sambil menghembus asap tembakau semulajadi, hasan melempar pandangan ke luar jendela.
dari jauh kelihatan sebuah istana.memang setiap kali bangun tidur hasan akan melihat istana tersebut.tatkala itu, hatinya melonjak, bergelora dan sewaktu dengannya.mahu sangat dia melihat istana itu dengan lebih dekat.lalu menyentuh setiap sudut dan ruang istana itu.dan paling jauh angannya, mahu memiliki istana itu.
istana itu dan rumah hasan di pisahkan oleh hutan tebal dan sungai.memikirkan hal itu saja sudah membuatkan hasrat hati hasan lumpuh.entah bagaimana cara untuk ke sana.apa pula cubaan yang akan dihadapi.belum di hitung lagi masa dan juga tenaga yang bakal diguna jika kehendak hati dituruti.hasan mengeluh.
masih panjang perjalanan yang bakal dihadap hari esok.entahkan mampu entahkan tidak nak ditelan.ketika ini, hasan cuma mampu memandang dari kejauhan.mungkin esok atau lusa ada rezekinya untuk ke istana itu.bak kata orang tuah ayam nampak di kaki.tuah manusia siapa yang tahu, kan?
12 comments:
aku teringin mahu tahu kisah sebenar puteri gunung ledang
atau itu cuma mitos sahaja
hassan, usah mengalah! :)
dill.
xpyh tnggu dan baru nak tahu.just grab it!
monolog: pendapat aku cerita tue benar cuma banyak tokok tambah.
dill: nanti aku gitau hasan k.=)
nurarnida: banyak cobaan dan dugaan.kena fikir masak2.
untuk sampai ke istana mudah saja..
gunakan helikopter.
ghost: kau ada? bagi hasan pinjam sat
lorr..awat kau tak bagitau awal.aku baru jer sewakan kat hulubalang istana tuh..
sat gi dia balik..
haha nanti dia dah pulangkan kau roger aku
kirim salam kat hasan
kalau ada pembesar muda yang hensem hensem
pun tolong kirim salam
sara: ghost writer ensem.kirim salam je kat dia.hehe
istana itu mampu hasan sampai jika bersungguh-sungguh... keazaman yg tinggi~
cik hati: dengan izin Allah.
Post a Comment