Thursday, July 28, 2011

meniti titian usang

tatkala malam tiada bintang
unggas pula merajuk pulang
teringat akan insan tersayang

bila gelap hilang terang
tiada cahaya tiada bebayang
rindu terasa bukan kepalang

pokok tekun menanti cahaya
embun menitis katak teruja
hati tersentuh mengalir airmata

mentari terang pagi menjelma
burung berkicau dalam berbahasa
masih jua menanti bersama rasa

semoga.selamat.

8 comments:

Nurarnida Sabrina said...

rindu bg aku bagai sedu. dia akan berhenti sendiri dan kembali normal, kalau tak ada pengubat rindu pun. dan tiba2 bila kita dh normal, dia akan dtg blik .

dill said...

kamu okei?

dill.

monologtinism said...

bila malam tiada bintang
hilang cahaya
kelamlah rasa.

penantian
entah bila akan berakhir

penjajah minda said...

nurarnida: tue la.hmm

dill: masih ok.tanx cikgu

monolog: hidup nie penuh dengan penantian

~Cahaya Hati~ said...

perindu yang menanti~

kdg letih dan lelah...
namun harus diteruskan~

penjajah minda said...

cik hati: demi setitik rasa.kan?

biLa aKu muLa mEmbEbeL.. said...

ececeyh, kemain lagi kau yeh.. =p

anyway, memang betul. aku pernah sekali menanggung rindu yang teramat.
menakung rasa menyakitkan dada.
menadah rasa memeritkan jiwa.
sungguh.

penjajah minda said...

bebel: rindu tue memang menyakitkan.tapi terkadang rasa keindahan dalam kerinduan.=)