cawan itu cawan plastik
di dalamnya penuh hipokrit
namun cawan itu tetap ada
bergerak ke sana sini tiap masa
dulunya cawan itu statik
rasa ini langsung tak terdetik
satu hari cawan pasti berubah
hanya kerana aku menunjuk salah
ini bukan cerita misteri
nie luahan dari lubuk hati
makin lama di diamkan
makin bernanah kepiluan
sebetulnya aku kecewa
ikatan yang telah terjalin sekian lama
luar dalam langsung tiada rahsia
susah senang sentiasa bersama
kini retak di telan keseronokan
yang nanti akan menghancurkan
aku rindukan cawan yang dahulu
cawan yang berkongsi rasa denganku
setiap pahit manis sejuk panas
masih setia walau jarak terbatas
18 comments:
hipokrit.
masa dan manusia merubah segala.
cawan yang dahulu walau rindu
biarla berlalu
lupakan masa lalu
walau terbit dalam ingatan selalu..
sebenarnya sangat sakit
Cawan plastik bli kat ikea
kuatkan hati anda la yea
manusia mana tak berubah?
hay kawan! aku nak mintak fb kau. bak meh.
aku pernah lalui apa yang kamu luahkan
entah
makin lama
makin hilang harapan
aku anggap saja itu semua mimpi manis.
dah kini
aku sudah terjaga dari mimpi
cawan kosong. tanpa air.tanpa rasa.sentuhkan di bibir.sejuk.dingin
monolog: mana mungkin aku buang kenangan tue.
si ratu: aku rembat cawan kedai mamak hehe
sang mantan: manusia mati kot.fb? errr
sara: bagus la.jangan terbuai sangat dengan mimpi.
nurarnida: cawan kan.=)
awak, kuatkan hati tabahkan jiwa. insyaallah tenang.
doakan awak :)
dill.
rindu hadir dalam kesakitan.
dan rindu itu adalah sengsara yg paling indah.
ah. resah!
dill: tyvm.=)
betty: kau benar.lama kau menghilang.
perkataan rindu itu ada pilunya.
aku rindu dunia lama.
hai pencaci jalanan :)
zakiahsadlan@gmail.com
afiq: kau benar tentang rindu.tapi aku tak mahu kehidupan lama.hai kembali.eh tak nampak pun link kau.
sang mantan: aku keberatan nak bagi emel aku.=)
jangan gunakan cawan kaca.mudah pecah.
menghirup kepiluan dari cawan plastik lebih dingin dari cawan besi.
rasa,perlukan ketahanan.
tapi cawan kaca itu telus.boleh nampak apa didalamnya.
tapi kita bukan mau sekadar tengok kan..kita mau merasanya.
tue aku setuju.
aku selalu memohon jangan pernah berubah...
namun hanya tinggal anggan kosong~
cik hati: entah la.susah nak menduga hujung cerita
Post a Comment