ku dakap gitar usang
memetik lagu nan sumbang
tentang rasa tentang masa
aku bernyanyi menutup mata
bunyinya tak seperti dulu
mungkin kerana telah lama berdebu
mungkin kerana talinya berkarat
semua kord ku pegang jadi ralat
serak alunan suara
nyanyian rinduku
rindu yang menggigit
di jiwaku
menitis airmata kala itu
dalam sebak aku berlagu
mendayu suara kenangan kita
melintas bayangan sakit di dada
dan setelah aku lagukan
dengan kata-kata penerangan
masih juga tiada bezanya
masih seperti sekarang bukan dahulu kala
5 comments:
awak! kuatkan semangat! saye tau awak tabah :)
dill.
manusia bukan bodoh dengan cinta. cuma lemah.
dill: tanx cikgu dill.
nurarnida: aku sokong kau.
kenangan bukan suatu yg mudah diusir... makin dibuang makin kerap bermain di minda~
cik hati: benar.umpama bayang-banyang
Post a Comment