Wednesday, July 6, 2011

demi masa

permulaan cerita.seorang hamba abdi mengambil keputusan mahu mengembara.mengikut gerak hati dan logik akal.tekad meninggalkan tuannya.berbekalkan pengalaman yang cetek dan cakap-cakap orang,sang hamba abdi memulakan langkah di malam yang pekat.tiada bulan menemani.maka terpaksa dia meraba-raba.takut terlanggar pokok.melangkah kakinya merentasi denai maka bermula lah episod baru dalam hidup sang hamba abdi.dengan perasaan berkobar-kobar.hari berganti hari, siang dan malam pun saling berganti.segala macam lurah dan tebing dia tempuhi.segala macam bukit dan gunung dia gagahi.segala macam duri melekat di kaki.ditegur si belang.digertak sang helang.namun sang hamba abdi tetap tidak berhenti.demi ilmu hidup yang seciput cuma, dia sanggup.

setelah berbulan-tahun mengembara.setelah beberapa kali sesat.di patah balik ke tempat asal sesat, sampailah sang hamba abdi di sebuah kampung.dilihatnya penduduk kampung tersebut ramah tamah.menegur tiap kali dia melangkah.sekilas pandang dia terpegun.terpandang si dara kampung.lantas dia terpikat.tanpa mengetahui siapa dan apa sang hamba abdi mengekori si gadis diam-diam.jauh di hati hanya ingin mengetahui milik siapa gadis tersebut.setelah berjam-jam berjalan.merentasi belukar dan sungai.si gadis masuk ke dalam gua.sang hamba abdi menghampiri.dilihatnya si gadis sedang menyiapkan makanan untuk si tua yang buta.di fikirannya mungkin bapa kepada si gadis.

"masuklah anak muda." si tua bersuara.sang hamba abdi terkejut.bagaimana si tua yang buta ini tahu akan kehadirannya.dia teragak-agak melangkah masuk.merapat ke arah si tua yang sedang baring.dipegangnya tangan si tua.berkata si tua "siapa gerangan mu anak muda.dari mana dan kenapa kau ke mari." lalu sang hamba abdi menceritakan dari mana semuanya bermula.melarikan diri dari tuannya.demi keinginan meluap-luap mahu melihat dunia.sehinggalah terpandang dan mengekori si gadis."baliklah ke tempat asalmu.di sini tiada apa yang kekal.tiada yang istimewa.pulanglah ke tuanmu.kerana dia lebih layak terhadap kau, orang muda." bicara si tua dengan suara tersekat-sekat.sang hamba abdi menjawab "bukan aku tidak mahu pulang.aku teringin sangat mahu berjumpa tuan ku.rindu ini seakan menyiat-nyiat hati ku.tapi..." sang hambda abdi diam.dia menyambung "aku perlukan masa." si tua berkata "andai masa yang kau tunggu, binasalah kau.kerna masa tidak akan pernah menunggu kau wahai anak muda.kembalilah segera sementara masih punya masa". sang hamba abdi terdiam.

5 comments:

dill said...

masa tidak menunggu kita. bertindaklah sewajarnya. Moga sentiasa diredhai Yang Maha Esa.

dill.

Anonymous said...

hamba xleh lari ea? um, memang la xleh kn..

Nurarnida Sabrina said...

masa hebat. kita yang penat sebab kena main kejar2 sama masa.Masa hanya statik berkuasa.

Si-Ratu-Salah-Taip said...

Masa mmg tak penah menunggu tp tak salah utk si hamba abdi mengejar cita-cita di luar sana kan? Dia juga manusia =)

penjajah minda said...

dill: kau benar =)

macy: sebagai hambaNYa memang tak boleh lari =)

nurarnida: aku pernah bayangkan aku ada kuasa mengawal masa.=)

ratu salah taip: benar jika tuan itu juga manusia.=)