resah gelisah dalam hati
mengenangkan apa yang terjadi
sungguh sesak menikam jiwa
menyesal terbit menyuap rasa
andai aku tahu begini jadinya
tidak mahu ku hulur sebarang kata
biar rasa itu ku genggam sendiri
walau hatiku hangus dibakar iri
telah ku ulang berjuta kali
tiada sesiapa selain kau di hati
percaya itu sukar bagi ku
susun dengan teliti itu perlu
maafkan aku wahai sayang
aku tak sanggup kau menghilang
aku lebih rela mengunyah semua salah
andai itu mampu menghilangkan resah
jari ku hitung penuh tumpuan
menantikan hari kau kepulangan
harapan agar kau terima maafku
hanya itu satu yang aku mahu
10 comments:
pencinta yang setia biar dirinya menelan semua salah... asal tidak hilang kecintaannya... aku ngerti...
kau mengunyahnya dengan keras yang basah oleh airmata.
aku buta dan bodoh sikit ttg cinta.aku tk tahu nak kta apa.tapi aku ttp komen. HAHA
Shit.Ini yang selalu apa aku rasakan.Hm
T___T
moga semuanya baik2 aja..
Sungguh indah kata-kata..
Ku doakan yg terbaik utk kamu & dia..
=)
kamu hadam semua kesalahan?
cukup cukup lah
nanti kamu jga yang sakit
cik hati: kau benar.tapi aku tak mampu nak telan kesemuanya
ghost: bergenang
nurarnida: takde hal-lah =)
syaza: kau rasa apa yang aku rasa?
mutiara: harapnya begitu.dan selalu begitu.
ratu salah taip: terima kasih
sara: bila dah sayang.semua pun sanggup.
untuk semua: terima kasih
saye faham apa yang awak rasa. sabar ya
dill.
dill: mentari muncul kembali =)
Post a Comment