Monday, October 17, 2011

dalam aku ada hantu

budi menunjuk hati
bahasa merujuk bangsa
bila diri terasa tinggi
hilanglah timbangrasa

jika bahasa disusun rapi
terserlah budi dalam kata
tapi bila cakap menyombong diri
entah apa yang nak dinama

kalau mahu dihormati
hanya kerana umur tua
baik fikir berkali-kali
jika tiada budi bahasa

34 comments:

Fatimah Ali said...

orang tua zaman sekarang ni pon dah hilang bahasanya. apatah lagi budi pekerti.

penjajah minda said...

fatimah: tapi semuanya kan?

Unknown said...

susah nak jumpa blog yg masih tulis pantun nowadays.. :)

Q said...

assalammualaikum wahai abang penjajah minda.

p/s: cukup berbudi bahasa tak aku?

NasQ said...

hormat bukan kerana tua, tapi kerana akal!

takoC said...

jika ingin disayangi
dibelai dimanja
tunjukkan nilai pekerti
baru mereka suka

haha :D nak berpantun juga

Waqheh said...

hebat hang...classs...hang tangkap hantu yg kacau aku malam tu sat

ILA HonEyBuNNy said...

umur hanya angka....apa yang pasti....saling menghormati dan berbudi bahasa...;)baru la di hormati....

pisau belati said...

Pembunuh Tanpa Bayang :

orang kita semakin hilang budi pekerti apa lagi maruah diri.

HEROICzero said...

orang tua yang kurang ajar , memang biasa aku balas dengan dua kali kurang ajar .

penjajah minda said...

april: banyak blog yang camnie.cuma tak jumpa je.

cik cekodok: waalaikumussalam wbt..cukup budi bahasa hehe

tk: aku hormat keduanya

takoc: haha bagus2..lepas nie boleh berbalas pantun

penjajah minda said...

waqheh: tangkap? haha silap2 hantu tue tangkap aku..ha apa crita ngan hantu tue? kacau lagi ka?

cik bunny: betul3

ptb: mungkin..tapi masih ada yang berbudi bahasa dan pandai jaga maruah kan?

heroic: kalau boleh nak je aku buat camtue, tapi aku malas.takut sejarah berulang lagi..hehe

Qaseh Dalia said...

kalau nak org hormat kita . kita kena lah hormat org jugak

Syaza Shaker said...

Ya budi bahasa penting! ;)

ewanthology said...

orang orang tua patut baca pantun ini.

ahakss

a.samad jaafar said...

aku lebih percaya..jika mahu diri dihormati, terlebih dahulu kita mesti tahu menghormati..

Pondok Usang said...

senyum itu sodokah...=)

monologtinism said...

tunduk.tunduk. tumpang lalu.

ILA HonEyBuNNy said...

jalan2 di malam hari..ehheheh

penjajah minda said...

qaseh: betul3

syaza: benar3.lama kau hilang.

delarocha: memang patut.haha

samad: tersangat la betul.

penjajah minda said...

pondok: =)

monolog: ish2 anak sapa la sopan sangat nie.hehe

cik bunny: jalan2 cari pasal ea..

teha said...

ade jugak ea hantu ? hehe

penjajah minda said...

teha: musti ada..kalau tak, takde la bila marah orang cakap naik hantu.

dill said...

budi bahasa budaya kita :)

dill.

stalker hebat ! said...

jangan kau makan hati
jika bukan penyebabnya
jangan dinamakan budi
jika rosaknya bahasa


## nah aku balas. haha^^ try n error je nihh. chill yaww

Anonymous said...

terkadang yg berbudi pn ada yg tak mahu berbahasa apa lagi tanpa budi~

penjajah minda said...

dill: nyanyi sikit lagu tue.hehe

stalker: haha orait dah tue

macy: ada betulnya.

Unknown said...

hormat menghormati perlu diamalkan tak kiralah dengan orang yang lebih tua atau yang lebih muda..

intan.maisarah said...

saya suka kata kata ini.. nk quote.
simpan dalam simpanan boleh?

Unknown said...

well said.
kalau umur tua jadi tiket untuk kurang ajar..
huh.

Monster Anarki said...

kadang2 orang tua lebih pada budak2.. sebab x guna ilmu, x guna akal.. ikut sedap hati.. macam mana nak di sanjungi..

Penjiwa Jalanan said...

ketamadunan tak diwarisi, tapi dibina sendiri.
hem atas tiket usia, kita nonton wayang sengketa.

penjajah minda said...

finaz: itu betul.

sara: boleh..ambik la.

juno: tua patut jadi contoh.kan?

monster: aku sokong.

penjiwa: dari nonton wayang sengketa, baik tengok wayang cina.hehe

si para para said...

orang tua.. yang tiada pekerti.. ibarat ubi tiada isi.eh betuk ke?