Friday, December 16, 2011

kau ilhamku

bila kau kata
kita tak patut bersama
aku senyum dalam hiba
lalu aku tanya mengapa?

kata mu aku pemarah
kata mu aku pengungkit

dengar sini sayang,

pokok rumbia tegap berdiri
buahnya masak kuning warnanya
bukan niat mahu menyakiti
cuma tak mahu kau tersalah cara

terbang tinggi burung pipit
singgah sejenak di dahan ara
langsung tiada niat mengungkit
cuma menyedarkan kau saja

andai roboh kota tinggi
papan jawa hamba bawa
jangan berfikir diri sendiri
setiap perbuatan ada makna
tinggal cuma mencari erti
dalam menilai makna cinta

26 comments:

dill said...

saye suke entri awak!

*bleh berkenalan? wink wink

dill.

Afiq Ah said...

nasihat yang betul - betul beri makna. uisy, lama tidak ke sini.

NasQ said...

saye suke entri awak!

*bleh berkenalan? wink wink

Tukang Karut.

faraherda.razalan said...

Di kali sawah memasang lukah,
Sengat keli terasa bisa,
Janganlah marah janganlah jerkah,
Sedang aku manusia biasa.

Berenang ke hulu, ke hilir berakit,
Berselisih rapat si ular sawa,
Betulkah tiada niat mengungkit?
Sedang 20 sen kau tuntut jua?

Tanah sekangkang kecil teratak,
Laman dihias dibuat jalan,
Pagar keliling dipasang bata,
Asyiklah baran asyiklah bentak,
Hati kecil tertanya soalan,
Adakah kau cinta atau benci semata?

LAici KAng Ais said...

guwa pun suka. wink wink *_^

monologtinism said...

hadui.
aku ni kalau bercakap,
agak-agak dah dapat calon nanti kawin terus

tak mahu nak bercintan gini sangat~

3no gr33ny said...

mungkin dia terlalu sentap
sentiasa mengharap
atau dirimu tidak menentu arah
amarah terus berapi mencurah

berjagalah...
jangan sampai keduamu meratap dek sesal tidak bersudah...

Nadia said...

sy beli pantun ini! KEHKEH

Adra Muira said...

marahmu kerna sayang,
ungkitmu kerna tak ingin dia sakit,

#bila tiba masa itu, cinta yg tak terjelaskan ini akan beri seribu makna pada dia juga dirimu jua :)

ILA HonEyBuNNy said...

saye suke entri awak!

*bleh berkenalan? wink wink

Ila Queila...

hehhehehe

Itu Aku said...

oh kasih...
moga dia memahami dirimu...

daku tak pandai balas pantun..hehe

dill said...

sume orang jatuh cinta ngan komen saye. jadi sume pakat copy & paste. ahaks

dill.

ishiko said...

kadang kadang makna disalah ertikan ^^,

Anonymous said...

boleh saya cakap sesuatu?
saya jatuh cinta dengan entri ini.
*pengsan*

si ngokngek said...

jajah cinta dalam erti sayang..

محمد رازيق said...

saya sujka entri awak!!

bley berkenalan?? hehe

nice bro.. ayat mantap.. aku suka.

ch000tz said...

saya pun nak kenalan lah kalau camtu hehehehe



http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/kelassss-kau-maria-nak-jadi-filem-star.html

lieynanilaz said...

saya suka entry ini...
boleh berkenalan??

Cikgu Ma said...

lagi puisi...

Anonymous said...

hanya mampu tersenyum (:
nicely done!

teha said...

kau hebat ! hahaha !

ILA HonEyBuNNy said...

datang cari ilham kejap..ehheheh

a.samad jaafar said...

wahhhh... main pantun-pantun nampak.. aku teringat kat nordin ahmad pulak.. berpantun sambil cium selendang !

HEROICzero said...

emm... pat pat siku lipat , siapa cepat dia dapat .


boleh?

intan.maisarah said...

dia bertuah punya kamu

Anonymous said...

ni syair ke puisi?
heeee
:P