Tuesday, December 13, 2011

buat aku tersenyum

hari isnin lepas aku pulang kerja awal.tepat jam 7 malam terus aku angkat kaki.terasa malas nak melepak kat office yang tak macam office nie.masa dalam perjalanan pulang, aku tersedar yang nyawa aku berbaki beberapa batang saja lagi.jadinya, aku ke kedai berhampiran untuk men-top-up-kan nyawa.

orang agak ramai malam tue.jadi aku terpaksa beratur menunggu giliran.sambil-sambil tue, aku menjeling telatah dua orang budak perempuan.comel.yang kakak aku agak dalam 7 tahun.berambut lurus.berkulit putih.adiknya pulak dalam 5 tahun.berambut kerinting.macam pemalu orangnya.sejak masuk ke kedai, langsung tak dilepaskan tangan kakaknya.aku tersenyum sendiri.

"adik nak coklat nie tak? esok akak belikan ye.duit abah bagi nie tak cukup.esok akak mintak kat abah lebih sikit.ok?" si adik hanya mengangguk sambil memeluk badan kakaknya.aku jadi rindu dengan suasana begitu.dulu kedua kakak kembar aku selalu layan aku macam tue.tapi sekarang masing-masing sudah berkeluarga.agak janggal nak bermanja-manja seperti dahulu.ketika melangkah keluar kedai, aku berselisih dengan dua budak perempuan tadi.aku memandang tepat ke wajah si kakak lalu aku senyum.bahagia bila melihat telatah si kakak melayan adiknya.=)

22 comments:

Waqheh said...

hang rindu dimanja bini atau tak sabaq nak ada anak...?

yg lu pun awat la tak beli coklat bagi budak tu...boelh jadi budak tu syok ngn lu beb

faraherda.razalan said...

Sayu pulak dgn insiden kasih sayang mcm tu...

NasQ said...

adik aku pun dah tak manja dengan aku dah...

dill said...

sweet.

kakak yang baik. :)

dill.

HEROICzero said...

aku juga , mudah terusik dengan telatah budak2 .

walau aku benci anak kecil .

entah ?


aku suka cerita ini . =)

NIJ said...

touching pula aku baca entry ini
dapat bayangkan situasi nyaa
aku suka kanak2. :)

Q said...

kawen lah bhai. kawennnn

Unknown said...

suka kanak2 sebab depa manja..
bila besar kenapa dah tak manja dengan adik beradik ye??
manja2 dengan orang lain pulak..:p

a.samad jaafar said...

aku adik bongsu.. aku tak pernah minta apa@ sbb sedar kami terlalu susah waktu itu.. tapi citer ini menyentuh hati aku..

Daddylicious said...

simple tetapi mmg mengasyikan...

Fnd Rocka said...

ketelusan zaman kekanak :-)

ch000tz said...

halah2 aiiiii :)


http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/tuessday-keje-itu-perlu.html

Kc Kasedah said...

aku suka buli adik2 aku dulu. maklum lah akak sulung! tapi masing2 dah besar, aku la jd bahan rujukan klu ada apa2 masalah.


rindu siaaa masa lalu.

Anonymous said...

:)

teringat abang terakhir setelah sudah berkahwin. berbeza. cemburu. tapi itukan isterinya. cuma cemburu dengan masa. tiada lagi gurauan merepek seperti dahulukala. pada masa sama sebenarnya memang seiring usia..

lieynanilaz said...

aku rindu zaman kanak-kanak...:)

ghost said...

apsal lah kau buat aku rasa citer nih begitu sayu..

reen afny said...

alaa senyum je?? ingat belanja choc tadi... hahaha

3no gr33ny said...

mmg rindu saat boleh bermanja macam tu..tapi sekarang ego jd penghalang semuanya

ORLANDO AHMAD said...

sweet bhai...

gua pun rindu :'(

Itu Aku said...

kakak yang penyayang :)

len kli bli la choc kat bdak2 tu juga...hehehhe

hye :)

Pan. said...

aku turut rasa kebahagiaannya. oh

Anonymous said...

tengok je.
bukan nak tolong bayarkan.
-.-