Saturday, August 20, 2011

dari jauh ku pohon maaf

seumur hidup apit, ini kali pertama baginya.langsung tak terlintas difikiran yang dia akan buat sedemikian rupa.mungkin kerana raya.mungkin kerana sayang.mungkin kerana ucapan itu tak terkeluar dari mulut.rasa malu ada.segan pun ada.saat menaip bait-bait perkataan yang datang dari lubuk hati, hati apit dicengkam rindu.disepak pilu.airmata bergenang lalu mengalir membasahi pipi yang tak berapa nak rata.

bila dikenang kembali, apit jadi sebak.perkataan yang selalu digunakan semasa raya dulunya, kini membuat hati jantannya tersentuh.mungkin dia akan jadi bahan ketawa mereka bila surat tersebut sampai di tangan.mungkin juga tiada perasaan yang terlintas tatkala membaca surat tersebut.biarlah.apit cuma mahu sampaikan apa yang telah lama terpendam.sepotong ayat yang cukup mudah tetapi sukar untuk diluahkan.

radio sudah bergema dengan lagu-lagu raya.tapi apit masih mendengar lagu rihanna.katanya dah jemu dengan lagu-lagu raya yang lama.lagu raya yang baru tak sesuai dengan jiwanya.hakikat sebenar, dia tak mahu airmata rindu jatuh lagi.apit memang ego orangnya.walhal tahun lepas dia yang beria menyanyi lagu raya ketika umat islam baru berpuasa dua hari.apit apit.tahulah kau tak balik beraya.jangan la sedih macam tue rupa.=)

10 comments:

dill said...

tak dapat balik kg? saye pun sedih kalau gitu, awak...

monologtinism said...

jauhnya beza,, pergi layan lagu rihanna?
hehe.

kesian apit tk dapat balik beraya

Nurarnida Sabrina said...

dia sepatotnya sedikit happy. Save duit tk bg duit raya kt budak2 di kg, anak sedara.HAHA

Syaza Shaker said...

Ah kau tak pulang beraya? Tsk tsk.Aku singgah bagi kuih raya dengan angpau mahu? :')

penjajah minda said...

dill: mesti la sedih..1st time kot beraya jauh dari family.ye saya

monolog: haha saja nak bagi ada ritma..kesian kan apit

nurarnida: hahaha kau punya buah otak paling power..aku sokong 101%!

syaza: meh la jln ipoh..bawak rendang sama angpow..rm50++ ok? hehe

Nadia said...

hihihi

Encik Psychopath said...

Apit cuba berbuat kental sebenarnya.

penjajah minda said...

nadia: gelak lak dia

psycho: yup.kental sekental ubi keledek

~Kenanga Suchi~ said...

sabar ye apit.
jemput raya ngan saya. =)

penjajah minda said...

kenanga: apit cakap tak boleh tinggal opis.hehe