Tuesday, June 7, 2011

rajawali terbang tinggi

"selamat datang ke kampung buta".itu yang tertulis pada papan tanda yang dipacakkan di depan jalan masuk ke kampung tersebut.benar seperti apa yang tertulis pada papan tanda tersebut.orang kampung itu memang buta kesemuanya.buta sejak dari dalam kandungan.penduduk kampung tersebut langsung tak pernah tahu bagaimana rupa bentuk alam dan isinya.mereka melihat hanya menggunakan sentuhan jari.ada 3 orang sahabat baik, budin,nordin dan sudin, yang selalu bercerita tentang rupa dunia walaupun tak pernah melihatnya walau sesaat.

pada satu hari, 3 orang sahabat ini sedang bercerita mengenai rupa gajah.budin, nordin dan sudin yang pada mulanya berbincang tiba-tiba seperti berkelahi.masing-masing punya pendapat sendiri.akhirnya perbalahan tamat apabila mereka sepakat untuk keluar mencari gajah.pada hari yang ditetapkan, mereka pun keluar dari kampung menuju ke tengah hutan untuk mencari gajah.setelah penat berjalan, budin mengajak mereka berehat sebentar.nordin dan sudin bersetuju lalu mereka menyandar pada sebatang pokok.sedang mereka berehat, kedengaran bunyi senapang disusuli bunyi gajah menjerit.

budin, nordin dan sudin serentak bangun dan menuju ke arah bunyi gajah yang masih lagi berbunyi.sesampainya pada bunyi tersebut, budin meraba-raba lalu terpegang telinga gajah.lalu diusap penuh rasa ingin tahu.nordin pula meraba pada kaki gajah.dipeluk dan dihidunya.manakala sudin pula meraba pada ekor gajah.dibelai dan ditarik-tarik ekor gajah itu.setelah masing-masing berpuas hati, mereka pun berjalan pulang ke kampung tempat asal mereka.sesampainya di kampung, mereka di sambut dengan meriah kerana menjadi orang pertama yang pernah keluar dari kampung.kemudian budin, nordin dan sudin dikelilingi oleh 'peminat' masing-masing.maka berceritalah ketiga-tiga sahabat ini tentang rupa gajah mengikut sentuhan jari masing-masing.

sebulan kemudian, kampung buta berpecah tiga.puak al-budin yang mengagungkan ideologi budin.puak al-nordin yang memegang ketat mazhab nordin dan puak al-sudiniah yang mengamalkan prinsip sudin.maka berperang lah ketiga-tiga puak tersebut setiap hari dalam membenarkan apa yang didengar dari mulut ketua puak masing-masing.dan peperangan itu masih berterusan sehingga ke hari ini.

3 comments:

Nurarnida Sabrina said...

Aku suka yang ini.Papar ideologi yang memang tak di sangkal lagi wujud dan masih wujud.

dill said...

sekarang ini mereka lebih mementingkan apa di depan mereka. tidak menilai sedalam2nya

dill.

penjajah minda said...

sabrina & dill: benar