Saturday, June 4, 2011

aku masih disini

menunggu menanti
apa ada lagi mentari pagi?
apa masih mampu berdiri?

menunggu menanti
apa masih mampu mengecap nikmat ini?
atau hanya yang ada sengsara tak terperi?

menanti menunggu
setiap hari duduk melengu
memikirkan kehidupan yang tak menentu

menanti menunggu
masih percaya pada yang satu
masih kental rasa yang membelenggu

aku mahu
mengecap kehidupan itu

seorang isteri yang setia
tiga orang anak yang ceria
kerja yang cukup sederhana
mengabdi diri pada yang Esa

aku begitu inginkan kehidupan seperti itu
dan aku masih menanti menunggu

3 comments:

dill said...

saye doakan impian awa tercapai :)

dill.

Nurarnida Sabrina said...

tiga anak sahaja? Haha. 1 isteri sahaja?

penjajah minda said...

dill: aminn.

nurarnida: cukup la 3 anak sorang isteri.kalau lebih tak mampu lak