Thursday, January 26, 2012

take a look around

kata yang kau kata untuk berkata-kata
tahu asalnya mana? tahu maksudnya kata?
tak tahu, selak buku buka kitab tengok makna
asal ada sejarah kejadian manusia, baca saja
hidup nie penuh dengan tunggu dan dungu
aku benci hidup menunggu
tertunggu-tunggu macam penunggu
tapi ya, aku banyak dungu
tak payah tengok kiri kanan dalam baju
kau kau kau pun ada dungu, mengaku?

aku suka memerhati tidak diperhati
kejadian aturan ciptaan ilahi, aku perhati
perhati kenapa dan mengapa begitu begini
pantang nampak dara sunti, mesti perhati
hilang apa difikir dalam fikiran
hilang tumpuan juga daya ingatan
jantung berentak pola palu-paluan
sekadar perhati tak jadi kesalahan
lainlah aku berdiri jalan pegang tangan
mahu memiliki? huh jauh dari angan-angan

harimau mati tinggalkan belang, kata orang
kalangan kita pula banyak tikam belakang
masih segar menjadi layang-layang
rela bersahabat dengan bayang-bayang
pantang datang gelap mula tunjuk garang
kecut perut tutup mulut kala terang, berang?
panah dipanah tepat ke lubuk hati
tak-kah terasa terkena hati sendiri?
katanya hati besi bercampur keluli
mana mungkin bisa ditembusi
oh ini bukan sesi perli memerli
sekadar hilangkan bosan hari-hari
jangan ada yang makan hati, mengerti?

16 comments:

Fatimah Ali said...

baiklah. mengerti.

Adra Muira said...

Eh aku baca dua kali,
satu dengan mata dua dengan hati,
baru mengerti.

NasQ said...

aku makan kerang je pagi tadi... tak makan hati...

anak ayah said...

kadang-kadang kita hanya mampu meluahkan dengan kata-kata yang dibait oleh jari- jemari.

yang selebihnya, lebih banyak makan hati. sendiri.

tapi sekarang dah ignore dah semua. macam heartless sudah :))

senyum je laaaa

Waqheh said...

pa habaq mat?

lieynanilaz said...

aku pun dungu.mengaku nih!!

3no gr33ny said...

manusia memang suka bertikam...

Nurarnida Sabrina said...

dungu tuh apa? mcm bengong ka?

a.samad jaafar said...

si dungu tak mungkin tahu akan kedunguannya.. biarkan!

ILA HonEyBuNNy said...

ok.....

mengerti sangat2....faham!!!..haha...;-)

pisau belati said...

Pembunuh Tanpa Bayang :


alahai insan...

ghost said...

pandang anak dara sunti jangan sampai nampak cam nak makan sudah..haha

dill said...

tikam je die awak!

eh!

dill.

monologtinism said...

secomel-comel anak rimau
comel lagi si anak kerbau
apa boleh buat hidup segan mati takmau

err

ch000tz said...

lempang ajer dia buleh tak :D

intan.maisarah said...

aku mengaku aku kadang kadang ada sedikit dunggu.

:)