Tuesday, November 1, 2011

tunjuk satu bintang

tit tit.jam tangan aku berbunyi.aku menoleh malas.tepat jam 3 pagi.badan aku betul-betul penat tapi mata aku sikit pun taknak lelap.walhal lagi 4 jam nak masuk kerja.puas aku ubah posisi baring.kejap ke kanan kejap ke kiri.takde satu pun yang selesa.dengan tangan kanan atas dahi, mata memandang ke atas, kepala ligat berfikir perkara yang aku sendiri tak tahu, umpama orang mati bini gamaknya.

sedang fikiran menerawang tanpa hala tuju, aku terfikirkan perbualan aku tempoh hari dengan doli.macam biasa kesudahan perbualan kami mesti berakhir dengan hempasan pintu rumah aku oleh doli.aku pun tak tahu kenapa budak doli nie selalu sangat hempas-hempas pintu rumah aku.tak mungkin kerana sayang.mungkin sebab perangai budak-budak zaman sekarang memang dah macam tue kot.aku cuma mengagak.

dalam banyak-banyak perkara yang kami bualkan tempoh hari, ada satu ayat yang buat aku tersentak tambah terkejut.satu ayat yang aku tak jangka langsung akan keluar dari mulut doli, budak perempuan comel bawah umur.yang pada pandangan aku masih mentah dalam hal-hal kehidupan nie.mungkin jugak sebab aku dah masak dengan perangai doli, jadinya, setiap jawapan dia, aku boleh agak.

"kalau pandangan setiap orang sama, dunia hanya akan ada satu warna.kena belajar terima pendapat dan pandangan orang walau hati kita sulam lain."

15 comments:

dill said...

setuju.

dunia hidup dengan warna-warna manusia.

dill.

Anonymous said...

ape die cakap?

Waqheh said...

satu warna banyak warna aku taktau. yg aku tak pasti dan saintis tak dapat yakinkan aku betoi ka pelangi ada 7 warna?

ILA HonEyBuNNy said...

lain orang lain pandangannya...

suka baca pndgn org.....doli oh doli..ehhehe

ORLANDO AHMAD said...

doli cakap ape?

adoi gua lambat tangkap ni weyh

NasQ said...

setuju...

pisau belati said...

Pembunuh Tanpa Bayang :

dan kerana itu setiap dari kita di ciptakan berbeza beza,agar dapat berkongsi rasa.

ewanthology said...

pintu umah tu ok lagi?

Juliet_iRa~" said...

betul..

cuba utk bertolak ansur..:D

Nurarnida Sabrina said...

aku tgh bljar.sebab merajuk lama2 xbest. nak dunia bnyk wrna.hehe

ILA HonEyBuNNy said...

halooo...hehe..;-)

Fatimah Ali said...

doli umur berapa? nak kenal dengan doli ^^

monologtinism said...

doli2..

ghost said...

doli sedang mengalami masalah tekanan yang tak dapat dia emansipasikan.amik masa sket.doli kalau terlalu cepat dewasa nanti dia keliru dengan usianya.biar dia alami satu2 sifat keanakan tuh.

~Kenanga Suchi~ said...

belajar menerima... dan lebih penting memberi~