Sunday, April 15, 2012

aku maafkan kamu

dan semalam lena ku telanjang
berbantalkan rasa sayang hilang
diselimuti kesal memanjang
berteman mimpi malang
sudahnya, dalaman berperang

bukan kata tiada rasa
tidak juga kata tiada hati
mungkin muak sesak didada
atau ego merasuk diri
entah terserah-lah, adili sendiri

ada atau tiada
satu atau dua
buta atau buka
sedih atau gembira
suka atau terasa
dosa atau pahala
beban atau jasa...

...aku pilih, aku rasa.

9 comments:

3no gr33ny said...

ikuti kehendak hati..disusuli matangnya fikiran yang tinggi

Jiwa Perempuan Gila said...

dalaman aku juga berperang semalaman

faaizz d. zul said...

tenang cepat

=)

Waqheh said...

mati2 gua ingat lu jaman abjilah nyanyi lagu aku maafkan kamu....

a.samad jaafar said...

hisap rokok dulu..cari idea..hohoho..

dill said...

hai awak!

rindu. hehe

dill.

intan.maisarah said...

Salam.
Anda ok kah?
Harap semuanya baik baik sahaja...

ch000tz said...

jangan ikut kehendak hati nnti mati!!!!

Nurarnida Sabrina said...

yakni yakin kau memaafkan?