Wednesday, February 15, 2012

bukan kerana nama

untuk kesekian kalinya aku memandang doli.bezanya, kali ini pandangan aku berbaur persoalan bercampur geram.harus aku akui yang doli sedikit dewasa dari sebelumnya.sudah pandai bermain dengan kata-kata falsafah rekaan anak-anak muda sebayanya.tercalit sedikit rasa bangga namun masih kental rasa curiga.dimana agaknya mereka mengait bahasa pujangga era millenium.campuran dari mana agaknya ya?

tempoh hari doli datang berjumpa sambil marah-marah.bukan pada aku.err mungkin sedikit.selebihnya untuk rakan maya-nya.katanya rakan-nya itu kekwat.aku menggaru kepala dengan mimik muka yang pelik.dan ketika itulah marah si doli pada aku.kolot katanya.kekwat pun tak tahu makna.rakannya itu tak mahu berkawan lebih rapat jika dia tak hadam semua lagu m.nasir.doli bilang "siapa dia? siapa m.nasir? manusia juga.makan nasi juga.bukan makan besi."

aku terkebil-kebil.ada betulnya cakap doli.tak seharusnya berkawan mesti sealiran.doli benar.sedikit tidak aku nafikan.cumanya, aku pelik bila aku tanya doli kenalkah akan m.nasir? jawapannya tidak kenal.itu yang menimbulkan rasa geram aku pada doli.lantas aku tinggalkan doli sendirian.tiba-tiba aku rasa malas hendak melayan kerenah doli, budak zaman sekarang.

kita sama semuanya sama...apa yang ada hanyalah kehidupan...

8 comments:

Waqheh said...

lala lala lalalalaaaaaaaaaaaaa...aku sambung nyanyi

lieynanilaz said...

kesian doli...

dill said...

bila kawan-kawan punya mcm2 ragam, dunia kita jadi warna-warni :)

dill.

ghost said...

doli nih macam nama satu restoran kuew tiaw lak.. :)

tok seh laye lar.. haha

a.samad jaafar said...

aku pelik la.. sejak dapat marlia musa..m nasir mcm tak sehebat dulu.. mungkin hebat dgn marlia musa je kot..

Anonymous said...

ye, benar..kita semua sama..:)

ILA HonEyBuNNy said...

budak2 la ne kan moden....doli ohh doli..hahhahah

chesakinah said...

pilihan masing-masing. yang penting saling hormat menghormati.