Friday, August 31, 2012

basikal tua

kerana terasa hati
kerana patah kaki
kerana keinginan meninggi
melebihi tinggi diri
nasib, aku perjudi

telah lama memendam rasa
telah lama mencuba-cuba
telah lama hasrat disimpan cuma
namun asyik gagal mencuba
hingga terasa mahu putus asa

dipujuk hati agar ketawa
dipujuk jiwa agar menerima
dipujuk muka agar tak mencuka
melekat satu kata dalam kepala
"sabar-sabar, rezeki belum ada"

Alhamdulillah, ini rezeki aku
Alhamdulillah, ada membantu
Alhamdulillah, mudahnya begitu
walau tak mewah ini saja mampu
cukup untuk apa yang diperlu

*ada open blog tak? aku nak datang beraya.hehe

Thursday, August 23, 2012

tangisan salju di khatulistiwa

kalau mampu aku buka hijab cerita
sebaris demi sebaris empunya rahsia
yang ditulis dengan dakwat usia
dapatkah kau bezakan keduanya?
antara pembela dan penderhaka?

mesti tak tertanggung jiwa dek kerananya
tidur malam mengigau menjerit menganga
hasutan syaitan terdengar enak di telinga
menjentik saraf akal menimbulkan propa
senyuman lenyap dipermukaan wajahnya

mahukah kau berkongsi?
mahukah kau mengerti?
mahukah kau selami?

ke mari rapat jika kawan
pergi menjauh andai lawan
usah ditambah hati nan rawan
sudah cukup banyak persoalan...
...tentang aku,dia dan kehidupan

Thursday, August 16, 2012

cahaya aidilfitri

malam disimbah cahaya bulan
anak-anak berlari berkejaran
ibu-ibu sibuk membuat persiapan
ayah-ayah pula bersembang kawan-kawan

suasana kampung begitu meriah
menyambut syawal tiada bergundah

anak kecil itu duduk sendiri
beralas batu beratap pokok meranti
matanya berkaca hatinya sepi
mengenang ibu ayah tiada di sisi

"ayah..ibu dah lama pergi
pergi menyahut seruan ilahi
tinggal hamba seorang diri
tiada siapa ingin hampiri"

tersentak tatkala bahu dicuit
diangkat muka senyuman terpalit

...dalam banyak-banyak manusia
masih ada manusia yang manusia...


Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Maaf Zahir & Batin

*bonus3
*wowowo balik kampung!