Saturday, September 8, 2012

the memory remains

petang itu aku berdiri di tepi jendela rumah.dengan hanya mengenakan seluar pendek bunga-bunga tanpa baju, aku memerhati kanak-kanak riang bermain air di kolam renang yang bertentangan dengan rumah sewa aku.seronok menjadi kanak-kanak.tiada masalah.tiada tanggungan.tiada duit pun tak mengapa.tiba-tiba pintu rumah diketuk kuat.aku melangkah laju ke arah pintu.sebaik pintu dikuak terpacul wajah si doli.segaris senyuman aku lemparkan pada doli tapi disambut dengan soalan."boleh doli masuk? ada something doli nak borak." aku cuma mengangguk perlahan sambil memberi laluan untuk doli masuk.

aku mengekori doli dari belakang terus ke ruang tamu.doli melabuhkan punggung di atas sofa dan aku mengambil tempat di sofa bersebelahan dengannya.riak wajah doli sedikit muram.namun masih terserlah kecantikan gadis kacukan ini."awat doli? macam ada masalah je.gaduh dengan balak ke?" aku membuka bicara.doli menghembus nafas pendek."bukan la bro.balak pun takde macam mana nak gaduh.hmm papa tue.doli mintak belikan samsung galaxy note 2 yang baru.tapi dia cakap mahal.dia taknak belikan." jawab doli sambil membuat muka merajuk.aku ketawa kecil.comel pulak aku tengok si doli nie.

"kenapa bro gelak? bukan doli buat cerita lawak pun." tanya doli.sedikit kehairanan dengan perlakuan aku. "kau la yang lawak.ingatkan ada masalah besar tadi.rupanya tak dapat note 2 je pun." aku menghabiskan sisa ketawa yang masih berbaki.doli membulatkan matanya ke arah aku."kau tahu doli, aku mula rasa susah payah cari duit seawal usia empat belas tahun.masa tue aku mintak abah aku belikan skateboard tapi dia taknak.dia suruh aku cari duit sendiri.apa-apa yang aku nak, aku kena dapatkan sendiri." doli mendengar aku bercerita dengan tekun.

"masa tingkatan dua, aku buat part-time cuci bas parkmay dekat bagan.pergi pukul 9 malam balik pukul 2 pagi.tidur 3 4 jam kena bangun pergi sekolah pulak.dengan duit hasil kerja tue, aku beli baju raya sendiri, kain pelikat untuk abah, tudung untuk mak,mak tiri dan kakak-kakak aku untuk pertama kalinya.dari situ aku belajar berdiri atas kaki sendiri.namakan saja kerja apa yang aku tak pernah buat.pelayan kedai makan? pengutip sekerap? penjaga kereta sewa? pengecat? penebas semak? pekerja kantin sekolah? meniaga burger? penanam ubi kayu? semuanya pernah aku rasa.aku belajar susah mencari sekeping kertas yang ada nilai.kerana aku sedar aku bukan dari keluarga yang berada." mata doli bergenang.namun matanya tetap ke arah aku.aku cuma tersenyum sambil mencapai kotak helang merah.

aku menyedut dalam-dalam asap helang merah.lalu aku hembus perlahan."doli, kau kena faham macam mana susahnya mencari sesuap nasi baru kau faham rasa papa kau.penat dia keluar rumah cari rezeki untuk keluarga.cuba mencukupkan apa yang kurang.kau pulak habiskan dengan benda yang ntah apa-apa.cuba hargai apa yang papa kau buat demi keluarga." doli tertunduk.menitis air matanya jatuh ke lantai."dah pergi balik mintak maaf dengan papa kau.lepas nie jangan mintak bukan-bukan lagi.fikir sama rasa dia." perlahan doli bangun terus berjalan ke arah pintu.sempat dia menoleh sambil melemparkan secubit senyuman menggegar iman.

16 comments:

farra fajima said...

bro,kau cool
serius kau mmg cool
kalau aku jadi doli,aku ajak kawen je
eh? haha

*double thumbs up*

nhdaughter said...

memang terbaekk ! thumbs up! i like this so much ! ^^

macyhumaira said...

tingkatan 2 masih main hoki lagi tak kerja2..
secubit senyuman. cubit tu bukan ke sakit? hee

Asrul "iLham" Sany said...

biasalah... anak2 ~

Lelaki said...

orang pompuan biasala...hehe

Zy. said...

tak pernah merasa cari duit sendiri sebab parents aku tak bagi aku kerja sambilan . lagipun sekarang tengah belajar lagi kan .

ghost said...

bukan senang nak cari pria macam kau ni.. pria yang sangat manis.

Mindaberbisa said...

Kamu berjaya menjajah minda doli :) syabas.

reenapple said...

dowh... aku suka ini. I got something =)

ewanthology said...

Tp doli kan perempuan, susah skit nak buat part time macam tu

Rain said...

susah lebih mengajar dari senang tiada belajar.

si ngokngek said...

serius hang pernah buat semua kerja tue..aku pun ada sedikit part mcm doli..
arghh sedih:)

ஜ miss klanika ஜ said...

bagus la . nasihat sikit si Doli tu .

teha said...

doli !fuhhh.. hahahaha !

ch000tz said...

Siyeslly aku sedang mencuba mengambil alih tanggungjawap yg parents buat selama ini..... Sesungguhnya bukan senang Untuk mencari sesuap nasi dari hasil yg halal... Tapi keberkatannya Hana Tuhan Sahara yang tahu... Betapa semuanya tak kan terhasil Tampa usaha yang jujur Dan ikhlas.......

Errrrrkkk......... Ko paham kan apa aku merepek ni hahahahah

Camy Alya said...

aku sukaaaaa