Sunday, September 30, 2012

kekal

masih segar.saat-saat kita sedang dalam proses tumbesaran.aku si-suka-pencari-pasal.dan kau berdua si-penyelesai-masalah aku.waktu tue kita di Pulau Pinang.lebih spesifiknya kem tentera Sg. Ara.aku sangat minat membaca komik.namun kekangan wang saku, aku diasak dengan perangai meminjam.tiada sifat malu waktu itu.yang ada sifat bangga bila berborak dengan rakan sebaya tentang watak-watak pedang setiawan, dewata raya, raja rimba, wira tunggal.hebatkan? di usia semuda itu aku sudah pandai mengikuti kegilaan arus zaman.tak mahu di gelar si kolot kononnya.

tika itu, sewaktu kelas diadakan dalam bilik perpustakaan sekolah, cikgu menawarkan pada sesiapa yang ingin membeli komik kawan secara tunai.ada yang mengeluh kerana tidak membawa wang saku lebih pada hari itu.setelah proses pujuk memujuk antara cikgu dan murid, cikgu membenarkan murid-murid berhutang.tapi harus dilangsaikan dalam masa 3 hari mulai hari tersebut.ramai rakan-rakan aku berlari ke depan mengambil komik kawan dari cikgu.tanpa berfikir panjang aku menyambar sebuah dengan niat tak mahu ketinggalan.

pulang ke rumah, aku dengan penuh semangat mengadap komik tersebut di bilik yang kita berkongsi tiga.bilik itu saja privasi yang kita ada.sedang kusyuk aku menyelak helaian komik itu, otak aku ligat berfikir.bagaimana harus aku cari duit untuk melangsaikan hutang komik.mahu minta pada abah, bertentang mata pun aku tak sanggup.apatah lagi mahu memberitahu aku berhutang harga sebuah komik.lalu aku adukan pada si-penyelesai-masalah aku.dengan muka buntu tak tahu malu aku ceritakan satu persatu.

"hang jangan risau.kak ada simpan seringgit.kak ngah ada simpan lima kupang.esok kak ngan kak ngah simpan lagi sorang lima kupang.lusa kami simpan lagi.jadi, lusa dah boleh bayaq.semua tiga ringgit setengah kan? cukup la tue.jangan risau k." satu penjelasan dari si penyelesai-masalah cukup membuatkan aku tidur lena malamnya.dua tahun kemudian, ketika proses tumbesaran dan sel-sel otak aku ligat berfikir tentang dunia, aku terfikir.kami diberi wang saku seorang lima kupang setiap hari.maknanya, ohhh.aku lepaskan keluhan sesalan atas kebodohan aku.

sekarang tiada lagi istilah si-pencari-pasal atau si-penyelesai masalah.semuanya kita tempuh sendiri.cuma sekali sekala kita habiskan hampir satu jam di telefon berborak tentang mak, abah, saudara dan anak-anak.kak,aku benar-benar rindu.rindu dengan zaman keanakan kita dulu.selamat ulang tahun kelahiran.

*Nor Zairah & Nor Zahanum 30 Oct 1985

*entri sebelum nie untuk seseorang.tiada kaitan dengan politik.

13 comments:

blog-tips-kurus said...

kitab dewata raya tu dah jadi bahan antik. mahal tuuuuu... :)

Lelaki said...

biasala kalau x dapat mahu mengamuk...hehe

3no gr33ny said...

ni spesies kakanda hamba..hingga sekarang masih tergila-gilakan komik tu

ghost said...

adik yang sweet... :)

Jna marcello said...

hahahahahahahahahaha
seriously sy suka bace entry awk..
awk sungguh melucukan! harap dpt tgk awk dimaharajalawak ye ;p

ஜ miss klanika ஜ said...

pesen rapat dengan adik beradik ni. bagus la

Asrul "iLham" Sany said...

cerita yang manis ~

inche hlovate said...

tetibe rindu kat abg~

reenapple said...

asku senyum baca ini. huhu. Untung kau ada kakak yang memahami. Huuu.

ewanthology said...

Memory indAh yg tak mungkin berulang kembali

Bidadari Syurga said...

hurmmm.... jaga diri ok...

intan.maisarah said...

tarikh lahirnya sama dengan seorang yang bermakna untuk aku

Mindaberbisa said...

Mencari nilai kerjaya tentera dengan sikap suka membaca komik. :)