Friday, July 27, 2012

putihnya lukisan

aku dongak ke langit biru
dulunya biru sekarang kelabu
pekat warnanya menyakitkan mata
lalu aku menjauh melihat bumi melata

dia atas bukit aku nampak segala
warna-warna dunia manusia
aku lakarkan di atas kanvas putih
gambaran rasa yang sedikit perih

di sini kita bersuka ria, gembira
bermacam lauk pauk untuk berbuka
sedikit kita terlupa makna sebaliknya
rezeki tuhan bukan untuk kita sahaja

di sana mereka menangis air mata
secebis roti dikongsi sekeluarga
sedikit tidak menyalahkan tuhan
malah merintih berdoa minta keamanan

setiap tahun kita di sogok berita
masih ingat  palestin,afghanistan,iraq,bosnia?
bulan mulia saudara kita menderita
sedangkan kita leka memilih baju raya

menangis hati melihat kekejaman
hilang anak, bapa, ibu juga teman
bayangkan malaysia diserang taufan
apakah nasib kita juga demikian?

11 comments:

NasQ said...

kalau nasib kita sedemina mestinya orang yang melalak kebencian hari ni terdiam...

Asrul "iLham" Sany said...

berjaga-jaga sebelum 'taufan' datang :D

Felly Sophia said...

Aku benci kekejaman dan peperangan.

3no gr33ny said...

kekejaman dalam diam juga berlaku di negara kita..jangan tersalah leka

ghost said...

banyakkan lah bersedekah..

reenapple said...

berdoa sahaja mereka akan baik-baik sahaja nanti. Aku nk cakap lebar aku pun tak pandai sgt,,, =(

nhdaughter said...

manusia itu lumrahnya memang mudah lupa pada kesempitan,sadis.

blog-tips-kurus said...

bersyukur sangat kita di sini..
maka janganlah kita membazir kerana itu perangai syaitonn!!

Camy Alya said...

insaf

si para para said...

kadang khilaf dan kelemahan kita sendiri, lupa dan terlupa tentang sengsara mereka di sana, tapi akan terkejut dan terkedu, andai musibah menimpa atas diri sendiri dan sanak saudara. cubit peha kiri peha kanan menderita jika kita benar benar mengangap mereka semua adalah saudara kita, saudara seagama...

fadh leyanie said...

dalam keseronokan riang tawa gembira
ada rasa derita.~