beritakan dan beritahu
aku mahu tahu semuanya
aku mahu hayati segala
tentang apa dan kenapa
mengenai bila dan siapa
ajari aku semua itu
pelajari aku untuk itu
kerna...
aku gelisah melihat bulan
aku kaget menghadap kehidupan
aku pusing yang ketidaktenteraman
aku membaca kata-kata
aku melihat banyak cerita
tetap aku ralat dengan jiwa
aku mendengar tiga puluh pintu
yang diberitakan cuma satu
terasa kosong pada sesuatu
sebiji benih sebuah pulau
setitis mani segumpal daging
sebatang titi seberang jalan
setitik noktah usai sudah
9 comments:
Puitis sungguh =D Nice.
http://thenurulee.blogspot.com/2012/07/day-night-in-village.html
kalau gelisah tengok bulan lepas ni tengok dacing lak ek...
moga jiwa kau cpt sembuh,ok
usah gelisah,
berpaut erat pada tali hikmah,
pasti selamat menuju taman indah.
Kehidupan manusia banyak ragam bicara.
Saya bencikan bulan...
ak tak tahu kenapa. bulan ni ak hidup dlm kegelisahan. senyuman ak semuanya palsu. kwn2 ak tak pernah tahu yg hati ak sedang menangis. byk ujian dari Dia yg dtg gedebuk dlm hidup ak utk bln ni. kdg2 ak rasa ak ni seorang yg pengecut. penakut utk mnghadapi ujian Dia...
*moga ak tak putus asa.
mungkin kamu x perlu tahu semua atau belum waktunya..haih hidup penuh rahsia ~
kadang apa yang kau ingin tahu semuanya rahsia.rahsia alam.rahsia Tuhan.
Post a Comment