Saturday, July 21, 2012

harapan ramadhan II


aku menyandar kekenyangan.seluruh badan aku terasa sengal-sengal lemah.nasi berlauk ayam masak sambal pemberian doli petang tadi cukup untuk aku jadikan juadah berbuka hari ini.aku mencapai kotak helang merah sambil mata aku larikan keluar bangunan pejabat.cuba memerhati jalan raya yang sedikit basah akibat hujan renyai petang tadi sedangkan fikiran aku jauh meninggalkan jasad.

"seronok jadi kawan-kawan.kampung semua dekat-dekat.boleh berbuka puasa dengan keluarga.boleh rasa suasana masa kanak-kanak." aku mengeluh dalam hati.kalau tidak memikirkan kerja dan hati rakan sekerja, mahu saja aku ambik cuti 4 5 hari pulang ke kampung.sayu bila hari pertama puasa kena berbuka sorang diri.sedang melayan kerenah hati, tiba-tiba aku teringat perbualan aku dengan abah tempoh hari.

aku: abah dah beli baju raya?
abah: belum.poket asyik demam ja.
aku: hehe.adik-adik dah beli?
abah: kak cik ja dah beli.yang lain dak lagi.
aku: bulan depan abah pi la beli baju raya kat depa.guna duit yang cek bagi.
abah: orite.kat abah bila nak beli?
aku: abah punya seluaq jean tunggu cek balik sana la kita pi beli.abah saiz brapa la ni?
abah: seluaq tahun lepaih 33 dah tak boleh pakai.kena beli hat 34 pulak.
aku: (sambil tengok perut)err ok.nanti kita pi cari.tunggu cek balik raya nanti.

bila abah cakap ayat last tue, aku jadi risau.aku berdiri depan cermin tanpa mengenakan baju.dari depan bahagian tengah mendadak mengembang.aku pusing melihat sisi.pun sama dengan sedikit bonggol di bahagian tengah membuatkan aku seperti askar pencen yang dah 5 6 tahun tak bersenam.aku geleng kepala sambil berfikir."macam mana kalau abah tanya saiz seluaq aku? takkan aku nak cakap nak sama saiz macam dia?" dalam diam aku menyimpan satu nekad.lepas raya saiz 29/30 jadi sasaran.chaiyok-chaiyok!

*salam ramadhan kepada kawan-kawan beragama islam.


**harapan ramadhan I

14 comments:

a.samad jaafar said...

aku juga mesra dgn abah aku.. mak dh xde.. dialah mak dialah bapak... saiz pinggang abah hang sama saiz aku la yob.. tolong beli yg buy 1 free 1.. kasi pos kat aku huhuhuhu...

selamat menjalani ibadah puasa PM..

ghost said...

salam ramadhan, folk.

Waqheh said...

mintak abah belikan 501 selai..

3no gr33ny said...

semoga berjaya mengecilkan yang mana dah terkedepan tu

dill said...

slim ah abah awak!

ayah saye dah kembang sikit. hehe

dill.

Felly Sophia said...

Nampaknya, kena kawal nafsu makan tu. Kalau tidak, susah nak cari seluar jeans.

Selamat berpuasa!

Syaza Shaker said...

Kahkah! Nampaknya bulan puasa kena nekad ikat perut sikit ya? Moganya ada perubahan baik nanti. Hihi.

Salam Ramadhan, mate!

Gdsbnga said...

selamat berpuasa . semoga saiz seluar kau turun 29/30 hehehe

Nurarnida Sabrina said...

aku rindu abah aku. Mula2 aku baca nak sedih, last2 hang buat lawak. Kurang asam.

Btw, amboi bahasa diri cek? manja kalah anak perempuan macam aku.

Nurarnida Sabrina said...

aku rindu abah aku. Mula2 aku baca nak sedih, last2 hang buat lawak. Kurang asam.

Btw, amboi bahasa diri cek? manja kalah anak perempuan macam aku.

Asrul "iLham" Sany said...

Berusahalah!!!

nhdaughter said...

hang orang kedah ke ? XD

~Kenanga Suchi~ said...

salam ramadhan. :)




dr loghat, mungkin kita asal yang sama. ;)

reen afny said...

selamat berpuasa pm....