Sunday, May 27, 2012

prison song

aku melayu, asal melayu
walau kacuk, masih aku melayu
darah yang mengalir darah melayu
yang selalu layu dan melungu
goyang kaki, duduk menunggu
pulau kawan peluk seteru
walau mereka bukan melayu
kerna beralas kata malaysia itu satu
itulah aku, anak melayu

aku melayu, asal ketuanan
tegar bertumbuk sesama keturunan
tegar berebut tampuk pimpinan
tegar tuduh menuduh demi menjatuhkan
tegar melihat kawan teman bermusuhan
tegar membiarkan saling berbunuhan
bangsa lain bersorak bertepuk tangan
sampai masa aku pupus, mereka keriangan
kala itu kata-kata Tuah tinggal kenangan

aku melayu islam, sedikit perkauman
walau punya bangsa lain sebagai teman
apa yang aku tutur tolong dengarkan
ambil sedikit masa untuk fikir-fikirkan
perbalahan demi perbalahan
untuk nama, wang dan tampuk pemerintahan
kesudahannya bangsa lain miliki kemenangan

cerita andalusia bukan rekaan
buat pengajaran selit di fikiran


*sudah-sudah la tue...

11 comments:

nhdaughter said...

ya , betul tu,setuju dgn entry kamu yg ni .

Q said...

kau kacuk apa? jawa? haha

-cik cekodok-

lieynanilaz said...

sungguh mendalam...

Jiwa Perempuan Gila said...

benar . aku sokong dengan kau punya kotak fikiran .

CikTeddyCorner said...

kan.

cimöt said...

sape yg duk bertelagah tu elok bace ni..

nice!

Asrul "iLham" Sany said...

bg sy Melayu tu terletak pada budi bahasa lebih dari dari segala-galanya :D

Zehan Ilyana said...

inilah realiti 'melayu'

dill said...

tapi ramai dari kita ni memilih untuk lupa, awak.

dill.

pisau belati said...

Pembunuh Tanpa Bayang :

me-layu = kayu

entah...mentaliti majoriti orang melayu memang begitu,perkauman,hasad,gila kuasa,malas,dunggu dan macam-macam lagi.

dan sungguhnya aku kesal bila ada diantara me-layu lebih memberatkan soal adat berbanding agama dan akidah.ini benar dari dulu hingga sekarang,me-layu lebih mengangkat adat ke darjat y diutamakan.

me-layu tak akan pernah maju jika fikir otaknya terus tepu...

fadh leyanie said...

melayu tetap melayu walau salih sekalipun.