Saturday, July 14, 2012

luhur

ceritakan pada aku
beritakan dan beritahu
aku mahu tahu semuanya
aku mahu hayati segala
tentang apa dan kenapa
mengenai bila dan siapa
ajari aku semua itu
pelajari aku untuk itu

kerna...

aku gelisah melihat bulan
aku kaget menghadap kehidupan
aku pusing yang ketidaktenteraman

aku membaca kata-kata
aku melihat banyak cerita
tetap aku ralat dengan jiwa

aku mendengar tiga puluh pintu
yang diberitakan cuma satu
terasa kosong pada sesuatu

sebiji benih sebuah pulau
setitis mani segumpal daging
sebatang titi seberang jalan
setitik noktah usai sudah

Sunday, July 8, 2012

kembara di tanah gersang

pagi
terbitnya matahari
dengan sejuk tak terperi
membangunkan sekalian isi
atas bawah kiri kanan bumi
untuk memulakan hari
samada ketua atau kuli
masing-masing punya persepsi
gaya dan cara tersendiri
barokah tidak bererti
walau ada yang ambil peduli
bilangannya kecil sekali

tengah hari
cahaya panas mentari
peluh menempek di dahi
terkejar ke sana sini
untuk urusan peribadi
atau urusan kroni
berpusu-pusu memenuhi
lorong dan jalan diselusuri
ramai terlupa akan urusan hakiki

petang
mentari kurang menggarang
condong ke barat bayang-bayang
ada yang beransur pulang
ada yang masih berperang
memerah keringat membuahkan wang
demi keperluan yang tersayang
teralpa dengan suasana sekarang
sedangkan hidup tidak panjang

senja
memuntahkan cahaya
gemerlapan warna jingga
unggas memenuhi angkasa
pulang menemui keluarga
masih berpeleseran sini sana
sakan bergelak ketawa suka
musuh mendakap angguk kepala
tertunai sudah janji berkota

malam
matahari kelam
namun tidak hitam
beraksi aksinya seram
meniti lerengan curam
datang berpusu-pusu menikam
lemah kuat semua diterkam
berbaki sedikit yang muram
mengenang esok mulut tergamam
menggeletar tangan membaca kalam
menitis tangis matanya sebam

*di simpang berbuai persoalan

Monday, July 2, 2012

join me in death

"bro buat apa kat sini? selalu cuti lepak rumah je." doli membuka perbualan.aku cuma tersenyum sambil mengangkat bungkusan plastik tertera nama popular.dengan muka yang sedikit kehairanan doli menyambar bungkusan plastik lalu menilik isi di dalam."eh sejak bila bro layan novel cintan cintun nie?" lily cuma memerhati dengan muka tak ambil pusing."kau nie jangan serkap jarang boleh tak? tengok dulu sinopsis kat belakang tue." lantas doli cepat-cepat memusingkan buku tersebut sambil mulutnya kumat kamit membaca perkataan yang tertulis sambil aku mengeluarkan kotak helang merah dari beg silang.

"ooo bro suka baca novel ganas-ganas ea." doli bersuara setelah menamatkan pembacaannya."baru-baru nie je minat tue datang." aku membalas sambil menyedut asap dari batang helang merah.lily seakan dalam alamnya sendiri.merenung lantai sambil bermain-main dengan rambut."kenapa lily? macam orang putus cinta je." aku cuma membuka perbualan dengan lily.tak semena-mena, riak wajah lily berubah.seperti menahan empangan airmata kesedihan dari pecah.aku menoleh ke arah doli.dia mengisyaratkan supaya aku mengunci mulut.dalaman aku rasa bersalah dengan situasi yang aku wujudkan.

beberapa minit kemudian, setelah lily agak tenang, doli membuka cerita yang tersirat.katanya lily baru ditinggalkan kekasih yang agak jauh beza umurnya.aku sekadar mendengar dengan teliti.memang seperti yang dijangka.cuma aku agak tersentak bila doli menyatakan sewaktu hangat bercinta dahulu lily telah menyerahkan mahkotanya pada sang kekasih."manusia nie mudah suka.tapi lagi mudah lupa." aku bersuara setelah agak lama kami mendiam."nak diundur masa, bukan kuasa kita.nak ditangis sampai keluar airmata darah sekalipun tak guna.cuma yang boleh dibuat, berjaga-jaga di hari muka.aku nak cakap lebih-lebih pun aku bukannya baik sangat." aku diam sejenak mengingatkan sesuatu sambil menelan liur.

"abah aku pernah cakap, cinta tue ibarat mencampak batu ke dalam air.letakkan diri kau sebagai batu, air sebagai suasana/situasi dan kedalaman air sebagai pengukur rasa cinta.kau lontarkan diri kau dalam suasana cinta kemudian dengan rasa cinta itu kau makin jauh tenggelam menghampiri dasar air.makin kau cinta makin kau menghampiri dasar.bila kau tersedar cinta yang kau kejar itu palsu, mampukah kau kembali ke atas untuk bernafas?" doli mengerutkan dahi.lily pula hanya tunduk memandang lantai."jadilah sesuatu yang kurang tumpat dari air tapi tidak pula terapung seperti sabut.memang susah tetapi ironinya begitu." aku menghabiskan kata.kala itu fikiran aku menerjah lipatan noda sendiri sambil pandangan aku buang keluar kedai memerhati rintik-rintik hujan menimpa dada bumi.