Sunday, September 16, 2012

santapan terakhir raja bersiong

tika hati gundah gulana
aku pulas mencipta bahaya
tak endah tentang mereka dan mereka
asalkan kurang sakit di dada
sanggup meredah beribu ela
mengikut rentak ke mana dibawa
mata kabur dek air mata teruna
berhenti sejenak menilik trauma

tanah rumput aku genggam aku kepal
ramai melihat aku bebal tak berakal
biar aku saja tahu apa yang aku kesal
harus ku cari sesuatu untuk menyental
peperangan jiwa tembok masa sundal
berlari bogel menganjing muka tebal
aku silang antara kulit dan tanah gumpal
dimana tahap kita, wahai si berakal

ku renung langit beratap kelabu
damai malam menusuk ke kalbu
cahaya bulan tampak suam kuku
tak betah berdiri lama di situ
langkah ku orak setengah batu
aku pernah sampai di situ, dahulu
bertingkah saling berbalah tak sebulu
antara hidup, sahabat dan seteru

ratapan subuh menghening jiwa
rasa yang tak mampu diolah kata-kata
hanya mereka yang pernah rasa mengerti
suasana sebenar berkampung di hati
satu kata dua penerima tiga makna
sebatang duri kalah perang, itu akibatnya
ke mana hilang jiwa-jiwa prejudis dan iri
mari ke sini, mahu di adili atau mahu mati

kan ku himpunkan satu kehidupan
misteri petaka yang dilupakan

*Selamat Hari Malaysia

11 comments:

Felly Sophia said...

Bermakna sekali ini.

bukankosong said...

misteri yg tak dipahami

Aing said...

masih belum terbongkar.

Lelaki said...

jauh...

ch000tz said...

Lama xbermain kata2.... Lidahku kian kelu hehehe :p

Asrul "iLham" Sany said...

owh semiotik... :D

Haikal Blank said...

tanah ini yang menghidupkan kita. yang membentuk jasad dan jiwa.

:: cikNuurul :: said...

i like!! >__<

reenapple said...

misteri dan sedang memahami.

ch000tz said...

misteri petaka...?

ceciterr...apa yang ko nampak kat glass air sejuk tu hehehe

Mindaberbisa said...

1) menceritakan perjuangan terdahulu yang tidak pernah mengenal erti penat dan jemu.
2) di mana minda telah dijajah dengan anasir luar yang dibanggakan menjadi ikutan. Bangga mampu mengikut tanpa tahu muslihat sebenar sesuatu peristiwa. Jauh dari sifat cintakan negara dan malu menceritakan kebaikan negara sendiri. Sering meuar-uarkan kehebatan barat.
3)akhirnya jiwa bangsa tertanam dengan sifat bangsa itu sendiri. Belajar di mana satu musuh, rakan sejawat dan pengalaman hidup untuk maju ke hadapan.
4)Sokongan untuk pantun sebelumnya, menerangkan lagi sifat-sifat yang menjatuhkan sesuatu bangsa. Hukuman yang patut diberikan kepada perosak dan pembunuh bangsa.

adalah menjadi misteri jika sesuatu tidak diambil tahu atau dirungkai sepenuhnya, seperti misteri petaka penjajahan negara yang kian tidak dipedulikan. Hidup Malaysia.