Wednesday, September 14, 2011

pelangi petang

terkadang aku senak
fikirkan hutang yang banyak
fikirkan kerja tak macam kerja
fikirkan nasib yang tak kaya-kaya

teringin rasanya nak berkereta
tapi takut pula bayaran bulanannya
sekarang makan pun masih sangkut
kalau berkereta, alamatnya ikat perut

berangan nak beli rumah batu
yang harga beratus ratus ribu
tapi deposit pun aku tak mampu
belum lagi surat dokumen mana yang perlu

selalu bermimpi nak berumahtangga
ada tiga anak sorang isteri mithali
biar makan pakai makin terjaga
tapi duit hantaran mana nak dicari

kata orang tuah ayam nampak dikaki
tuah manusia siapa yang tahu
mungkin esok lusa ada rezeki
dapat lah aku kecap semua tue

7 comments:

~Kenanga Suchi~ said...

insyaAllah.
rezeki itu milik Tuhan.
pada siapa DIA mahu beri.
pasti ada bahagian kamu.
yakinlah.
=)

si para para said...

kejayaan datang dari mimpi.

tap kena usha doa dan tawakkal...


:)

penjajah minda said...

cik hati: aku yakin.tanx.=)

para-para: kau benar.=)

dill said...

saye doakan awak capai semuanya. tak perlu sekaligus..

satu..satu..
utamakan yang utama :)

dill.

penjajah minda said...

dill: ye cikgu..hehe

Waqheh said...

kalo belum berkerete lu dah ikat perut. kalo dah berkereta nanti alamat kereta tu jadi kereta jenazah ler...sabor dulu..

penjajah minda said...

waqheh: haha