Tuesday, September 20, 2011

dari kerana mata

perlukah kau tunjuk segala
apa saja yang kau punya
demi menarik perhatian
terutamanya kaum jantan?

kau sarungkan pakaian ketat
kau biarkan tubuh kelihatan sendat
biar meleleh air liur mata memerhati
kata kau "tengok je pun, takkan rugi"

tiada rasa bersalah-kah
pada lelaki-lelaki yang lemah
sedangkan kau pun tahu
jantan itu punya satu nafsu

bila segalanya terdedah
dan kau mula mengambil mudah
akhirnya kecundang di pelukan buaya
masih juga kau tunding jari tutup mata

perlu di ingat wahai wanita
kecantikan bukan saja paras rupa
bukan juga pada pakaian terbuka
tapi jelas terlihat pada perlakuannya

14 comments:

ekabukanmakcikkau. said...

sorang pompuan yang agak agak cun like kau punya entri bai . mehehhee

dill said...

bila perasaan 'aku mahu kelihatan cantik pada semua' mempengaruhi diri, segala suruhan Ilahi telah dijauhi.

demi pujian setinggi langit, telah meninggalkan bumi yang dambakan kezuhudan.

dill.

Nurarnida Sabrina said...

kejap. out of topic.


Pehal aku nak bukak blog kau kdg2 selalu xada?

Anonymous said...

kecantikan bukan saja paras rupa
bukan juga pada pakaian terbuka
tapi jelas terlihat pada perlakuannya- pling suka ini

penjajah minda said...

eka: perempuan yang agak cun tue perempuan tulen kah?

dill: kau benar

nurarnida: kau punya pasal, out of topic pon aku jawab.hehe someone yang aku kenal sedang tengok blog nie.jadi aku nak lari.tapi skunk aku nak stay je.

olala: aku paling suka nasi.hehe

blog-tips-kurus said...

9 akal itu sukar kawal nafsu yang 1 itu... ;)

HEROICzero said...

teruskan , si gadis .

teruskan ......

penjajah minda said...

heroic: terus ke mana tue yob? hehe

penjajah minda said...

tips: tawu pun

intan.maisarah said...

tersenyum sinis membaca..

:)

~Kenanga Suchi~ said...

aku semakin ngerti
erti terlanjang walau berpakaian

=)

penjajah minda said...

sara: senyum sinis untuk aku kah? =)

cik hati: =)

Baa said...

peringatan untuk aku, moga aku bukan begitu :)

penjajah minda said...

hitam manis: moga2