Wednesday, October 17, 2012

tunggu sekejap

ilmu dan hidup
masih banyak tak terhirup
masih luas berbatu batu
buat hidup sibuk menimba ilmu

ada perkara kita lupa
ada perihal kita alpa
aku hirup dengan tenang
ilmu yang lama aku buang

aku pergi seketika
kelak lapang kita bersapa
jangan jemu datang bertandang
langkah kanan, ada lauk terhidang

*mintak maaf tak sempat menjengah blog kawan2

Saturday, October 6, 2012

i write sins not tragedies

saat kau lafazkan kata
aku diam seribu bahasa
hampir mengalir airmata
sungguh aku bangga
bangga dan bahagia
lagi-lagi aku yang pertama

*moga semua perancangan berjalan dengan lancar
**aku macam tak percaya bro! haha

Sunday, September 30, 2012

kekal

masih segar.saat-saat kita sedang dalam proses tumbesaran.aku si-suka-pencari-pasal.dan kau berdua si-penyelesai-masalah aku.waktu tue kita di Pulau Pinang.lebih spesifiknya kem tentera Sg. Ara.aku sangat minat membaca komik.namun kekangan wang saku, aku diasak dengan perangai meminjam.tiada sifat malu waktu itu.yang ada sifat bangga bila berborak dengan rakan sebaya tentang watak-watak pedang setiawan, dewata raya, raja rimba, wira tunggal.hebatkan? di usia semuda itu aku sudah pandai mengikuti kegilaan arus zaman.tak mahu di gelar si kolot kononnya.

tika itu, sewaktu kelas diadakan dalam bilik perpustakaan sekolah, cikgu menawarkan pada sesiapa yang ingin membeli komik kawan secara tunai.ada yang mengeluh kerana tidak membawa wang saku lebih pada hari itu.setelah proses pujuk memujuk antara cikgu dan murid, cikgu membenarkan murid-murid berhutang.tapi harus dilangsaikan dalam masa 3 hari mulai hari tersebut.ramai rakan-rakan aku berlari ke depan mengambil komik kawan dari cikgu.tanpa berfikir panjang aku menyambar sebuah dengan niat tak mahu ketinggalan.

pulang ke rumah, aku dengan penuh semangat mengadap komik tersebut di bilik yang kita berkongsi tiga.bilik itu saja privasi yang kita ada.sedang kusyuk aku menyelak helaian komik itu, otak aku ligat berfikir.bagaimana harus aku cari duit untuk melangsaikan hutang komik.mahu minta pada abah, bertentang mata pun aku tak sanggup.apatah lagi mahu memberitahu aku berhutang harga sebuah komik.lalu aku adukan pada si-penyelesai-masalah aku.dengan muka buntu tak tahu malu aku ceritakan satu persatu.

"hang jangan risau.kak ada simpan seringgit.kak ngah ada simpan lima kupang.esok kak ngan kak ngah simpan lagi sorang lima kupang.lusa kami simpan lagi.jadi, lusa dah boleh bayaq.semua tiga ringgit setengah kan? cukup la tue.jangan risau k." satu penjelasan dari si penyelesai-masalah cukup membuatkan aku tidur lena malamnya.dua tahun kemudian, ketika proses tumbesaran dan sel-sel otak aku ligat berfikir tentang dunia, aku terfikir.kami diberi wang saku seorang lima kupang setiap hari.maknanya, ohhh.aku lepaskan keluhan sesalan atas kebodohan aku.

sekarang tiada lagi istilah si-pencari-pasal atau si-penyelesai masalah.semuanya kita tempuh sendiri.cuma sekali sekala kita habiskan hampir satu jam di telefon berborak tentang mak, abah, saudara dan anak-anak.kak,aku benar-benar rindu.rindu dengan zaman keanakan kita dulu.selamat ulang tahun kelahiran.

*Nor Zairah & Nor Zahanum 30 Oct 1985

*entri sebelum nie untuk seseorang.tiada kaitan dengan politik.