Saturday, September 22, 2012

janjiku pada bulan

indah bulan kerna mentari
tiada mentari bulan menyendiri
begitu juga diriku ini
tanpa dikau apalah erti

gelap angkasa bintang kejora
warnanya indah ditatap mata
begitulah jika hendak diumpama
aku angkasa engkau bintangnya

ombak memukul memecah sunyi
datang bergulung pantai menanti
begitu juga perhubungan ini
pasang surut tak ku berubah hati

hamba lindungi anda...
...dengan seribu daya

sebatang lilin penerang jalan
kaki melangkah batas usia
andai niat diperkenan tuhan
moga bersatu jiwa berdua

*satu malam tak cukup untuk othello

Sunday, September 16, 2012

santapan terakhir raja bersiong

tika hati gundah gulana
aku pulas mencipta bahaya
tak endah tentang mereka dan mereka
asalkan kurang sakit di dada
sanggup meredah beribu ela
mengikut rentak ke mana dibawa
mata kabur dek air mata teruna
berhenti sejenak menilik trauma

tanah rumput aku genggam aku kepal
ramai melihat aku bebal tak berakal
biar aku saja tahu apa yang aku kesal
harus ku cari sesuatu untuk menyental
peperangan jiwa tembok masa sundal
berlari bogel menganjing muka tebal
aku silang antara kulit dan tanah gumpal
dimana tahap kita, wahai si berakal

ku renung langit beratap kelabu
damai malam menusuk ke kalbu
cahaya bulan tampak suam kuku
tak betah berdiri lama di situ
langkah ku orak setengah batu
aku pernah sampai di situ, dahulu
bertingkah saling berbalah tak sebulu
antara hidup, sahabat dan seteru

ratapan subuh menghening jiwa
rasa yang tak mampu diolah kata-kata
hanya mereka yang pernah rasa mengerti
suasana sebenar berkampung di hati
satu kata dua penerima tiga makna
sebatang duri kalah perang, itu akibatnya
ke mana hilang jiwa-jiwa prejudis dan iri
mari ke sini, mahu di adili atau mahu mati

kan ku himpunkan satu kehidupan
misteri petaka yang dilupakan

*Selamat Hari Malaysia

Saturday, September 8, 2012

the memory remains

petang itu aku berdiri di tepi jendela rumah.dengan hanya mengenakan seluar pendek bunga-bunga tanpa baju, aku memerhati kanak-kanak riang bermain air di kolam renang yang bertentangan dengan rumah sewa aku.seronok menjadi kanak-kanak.tiada masalah.tiada tanggungan.tiada duit pun tak mengapa.tiba-tiba pintu rumah diketuk kuat.aku melangkah laju ke arah pintu.sebaik pintu dikuak terpacul wajah si doli.segaris senyuman aku lemparkan pada doli tapi disambut dengan soalan."boleh doli masuk? ada something doli nak borak." aku cuma mengangguk perlahan sambil memberi laluan untuk doli masuk.

aku mengekori doli dari belakang terus ke ruang tamu.doli melabuhkan punggung di atas sofa dan aku mengambil tempat di sofa bersebelahan dengannya.riak wajah doli sedikit muram.namun masih terserlah kecantikan gadis kacukan ini."awat doli? macam ada masalah je.gaduh dengan balak ke?" aku membuka bicara.doli menghembus nafas pendek."bukan la bro.balak pun takde macam mana nak gaduh.hmm papa tue.doli mintak belikan samsung galaxy note 2 yang baru.tapi dia cakap mahal.dia taknak belikan." jawab doli sambil membuat muka merajuk.aku ketawa kecil.comel pulak aku tengok si doli nie.

"kenapa bro gelak? bukan doli buat cerita lawak pun." tanya doli.sedikit kehairanan dengan perlakuan aku. "kau la yang lawak.ingatkan ada masalah besar tadi.rupanya tak dapat note 2 je pun." aku menghabiskan sisa ketawa yang masih berbaki.doli membulatkan matanya ke arah aku."kau tahu doli, aku mula rasa susah payah cari duit seawal usia empat belas tahun.masa tue aku mintak abah aku belikan skateboard tapi dia taknak.dia suruh aku cari duit sendiri.apa-apa yang aku nak, aku kena dapatkan sendiri." doli mendengar aku bercerita dengan tekun.

"masa tingkatan dua, aku buat part-time cuci bas parkmay dekat bagan.pergi pukul 9 malam balik pukul 2 pagi.tidur 3 4 jam kena bangun pergi sekolah pulak.dengan duit hasil kerja tue, aku beli baju raya sendiri, kain pelikat untuk abah, tudung untuk mak,mak tiri dan kakak-kakak aku untuk pertama kalinya.dari situ aku belajar berdiri atas kaki sendiri.namakan saja kerja apa yang aku tak pernah buat.pelayan kedai makan? pengutip sekerap? penjaga kereta sewa? pengecat? penebas semak? pekerja kantin sekolah? meniaga burger? penanam ubi kayu? semuanya pernah aku rasa.aku belajar susah mencari sekeping kertas yang ada nilai.kerana aku sedar aku bukan dari keluarga yang berada." mata doli bergenang.namun matanya tetap ke arah aku.aku cuma tersenyum sambil mencapai kotak helang merah.

aku menyedut dalam-dalam asap helang merah.lalu aku hembus perlahan."doli, kau kena faham macam mana susahnya mencari sesuap nasi baru kau faham rasa papa kau.penat dia keluar rumah cari rezeki untuk keluarga.cuba mencukupkan apa yang kurang.kau pulak habiskan dengan benda yang ntah apa-apa.cuba hargai apa yang papa kau buat demi keluarga." doli tertunduk.menitis air matanya jatuh ke lantai."dah pergi balik mintak maaf dengan papa kau.lepas nie jangan mintak bukan-bukan lagi.fikir sama rasa dia." perlahan doli bangun terus berjalan ke arah pintu.sempat dia menoleh sambil melemparkan secubit senyuman menggegar iman.