Wednesday, September 25, 2013

Satu


kenapa kau sombong hai diri?
kenapa kau takbur hai diri?
kenapa kau riya' hai diri?
kenapa kau 'ujub hai diri?

kau berjalan mendabik dada
kau berselisih senyum pun tiada
kau melangkah penuh rasa bangga
kau duduk ibarat raja-raja

hai diri insani manusia
bukankah kita ini banduan dunia?
yang sedang menunggu giliran mati?
jadi mengapa perlu angkuh hai diri?

"tiada aku daya upaya dan kekuatan...
...memiliki juga menolak sesuatu...
selain dari kehendak tuhanku, ALLAH semata-mata."

Tuesday, September 17, 2013

perjalanan hidup

sejauh mana perancangan kita
Allah lebih mengetahui disebaliknya
kerana Allah sebaik-baik perancang
semoga niat yang murni tidak terhalang

andai esok tidak bersua muka
andai esok tiada lagi bernyawa
harapnya dimaafkan segala salah dosa
kepadamu aku halalkan kesemuanya

kepermergianku bukanlah lari
hanya aku mahu merubah diri
seperti angan-anganku dahulu
ku harap kau jua begitu

biarlah aku tenang sebegini
dari aku bersuka gembira hati
tenang aku melayari Agungnya Dia
walau senyum tak lekat di muka

selitkan sabar dibalik hati
agar kau tak kecundang nanti
aku jua dalam proses pembelajaran
dan aku sedang menunggu jawapan Tuhan

Sunday, August 18, 2013

layu

bersatulah wahai umat melayu Islam
kita di pertengahan zaman kelam
persiapkan diri oleh mu wahai sahabat
perang-perang itu semakin dekat

perkukuhkan kuda-kuda langkah sembah
perlimaukan keris parang pedang dakwah
perisikan dengan kalimah La ila haa ill Allah
kerana tanpa Islam melayu itu musnah

usah dicanang tentang parang terbang
itu kehebatan datuk nenek moyang
pergilah cari ilmu dan guru mursyid
harapnya perang nanti ke pintu syahid

wahai umat melayu Islam ku sayang
sejarah itu terus berulang-ulang
carilah kajilah dan hayatilah ilmu terdahulu
kelak kau mampu menjaga keluarga dan hartamu