Friday, July 27, 2012

putihnya lukisan

aku dongak ke langit biru
dulunya biru sekarang kelabu
pekat warnanya menyakitkan mata
lalu aku menjauh melihat bumi melata

dia atas bukit aku nampak segala
warna-warna dunia manusia
aku lakarkan di atas kanvas putih
gambaran rasa yang sedikit perih

di sini kita bersuka ria, gembira
bermacam lauk pauk untuk berbuka
sedikit kita terlupa makna sebaliknya
rezeki tuhan bukan untuk kita sahaja

di sana mereka menangis air mata
secebis roti dikongsi sekeluarga
sedikit tidak menyalahkan tuhan
malah merintih berdoa minta keamanan

setiap tahun kita di sogok berita
masih ingat  palestin,afghanistan,iraq,bosnia?
bulan mulia saudara kita menderita
sedangkan kita leka memilih baju raya

menangis hati melihat kekejaman
hilang anak, bapa, ibu juga teman
bayangkan malaysia diserang taufan
apakah nasib kita juga demikian?

Saturday, July 21, 2012

harapan ramadhan II


aku menyandar kekenyangan.seluruh badan aku terasa sengal-sengal lemah.nasi berlauk ayam masak sambal pemberian doli petang tadi cukup untuk aku jadikan juadah berbuka hari ini.aku mencapai kotak helang merah sambil mata aku larikan keluar bangunan pejabat.cuba memerhati jalan raya yang sedikit basah akibat hujan renyai petang tadi sedangkan fikiran aku jauh meninggalkan jasad.

"seronok jadi kawan-kawan.kampung semua dekat-dekat.boleh berbuka puasa dengan keluarga.boleh rasa suasana masa kanak-kanak." aku mengeluh dalam hati.kalau tidak memikirkan kerja dan hati rakan sekerja, mahu saja aku ambik cuti 4 5 hari pulang ke kampung.sayu bila hari pertama puasa kena berbuka sorang diri.sedang melayan kerenah hati, tiba-tiba aku teringat perbualan aku dengan abah tempoh hari.

aku: abah dah beli baju raya?
abah: belum.poket asyik demam ja.
aku: hehe.adik-adik dah beli?
abah: kak cik ja dah beli.yang lain dak lagi.
aku: bulan depan abah pi la beli baju raya kat depa.guna duit yang cek bagi.
abah: orite.kat abah bila nak beli?
aku: abah punya seluaq jean tunggu cek balik sana la kita pi beli.abah saiz brapa la ni?
abah: seluaq tahun lepaih 33 dah tak boleh pakai.kena beli hat 34 pulak.
aku: (sambil tengok perut)err ok.nanti kita pi cari.tunggu cek balik raya nanti.

bila abah cakap ayat last tue, aku jadi risau.aku berdiri depan cermin tanpa mengenakan baju.dari depan bahagian tengah mendadak mengembang.aku pusing melihat sisi.pun sama dengan sedikit bonggol di bahagian tengah membuatkan aku seperti askar pencen yang dah 5 6 tahun tak bersenam.aku geleng kepala sambil berfikir."macam mana kalau abah tanya saiz seluaq aku? takkan aku nak cakap nak sama saiz macam dia?" dalam diam aku menyimpan satu nekad.lepas raya saiz 29/30 jadi sasaran.chaiyok-chaiyok!

*salam ramadhan kepada kawan-kawan beragama islam.


**harapan ramadhan I

Saturday, July 14, 2012

luhur

ceritakan pada aku
beritakan dan beritahu
aku mahu tahu semuanya
aku mahu hayati segala
tentang apa dan kenapa
mengenai bila dan siapa
ajari aku semua itu
pelajari aku untuk itu

kerna...

aku gelisah melihat bulan
aku kaget menghadap kehidupan
aku pusing yang ketidaktenteraman

aku membaca kata-kata
aku melihat banyak cerita
tetap aku ralat dengan jiwa

aku mendengar tiga puluh pintu
yang diberitakan cuma satu
terasa kosong pada sesuatu

sebiji benih sebuah pulau
setitis mani segumpal daging
sebatang titi seberang jalan
setitik noktah usai sudah